Tuesday 11 February 2014

WARISAN CAHAYA SERI ENTERPRISE

No.1 & 2, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
No. Tel : 012-6723626



Bagi memenuhi permintaan set penjagaan lengkap IMPRA Home Gardening di selatan tanahair, kini produk kami boleh didapati di tapak semaian Warisan Cahaya Seri Enterprise. Bagi anda yang berada berdekatan Bandar Baru Uda Johor Bahru, bolehlah singgah di sini. 


Untuk peminat dan yang baru berjinak-jinak untuk menghiasi ruang laman rumah dengan hiasan tumbuh-tumbuhan, tapak semaian ini menyediakan pelbagai jenis pokok dan peralatan berkaitan perkebunan. 




Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.









Sunday 9 February 2014

HASIMAH NURSERY

Lot 51 & 52, Jalan Besar, Jalan Sg.Buloh-Subang, 47000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 016-6120479 (Sima)



Jalan Sg Buloh – Subang atau lebih dikenali sebagai Selangor Green Lane tidak asing lagi bagi peminat pokok bunga dan lanskap. Jika kita melalui jalan besar ini, kita boleh melihat banyak tapak semaian di sepanjang perjalanan. Kemudahan seperti bahu jalan yang lebar memudahkan para pengunjung untuk berhenti singgah di kawasan ini.


Salah satu tapak semaian yang berada di Jalan Sg Buloh – Subang ini ialah Hasimah Nursery. Mempunyai kemudahan kawasan yang luas, tapak semaian ini menyediakan pelbagai jenis baja, kompos, pasu dan tumbuh-tumbuhan hiasan. Dari yang jenis berbunga , berbuah sehinggalah kepada pokok hiasan bersaiz besar. Boleh dikatakan semua yang anda perlukan untuk berkebun boleh diperolehi disini.


Selain pokok hiasan, Hasimah Nursery juga ada menjual pokok-pokok herba untuk ditanam di rumah. Di antara pokok herba yang terdapat di tapak semaian ini ialah pokok ulam raja, pegaga, kesum, cili, pudina, daun sup, daun ketumbar, kunyit,  dan bermacam-macam lagi.



Salah satu kelebihan tapak semaian ini yang membuatkan pelanggan sentiasa datang semula ialah khidmat nasihat yang diberi kepada setiap pelanggan dari sudut penggunaan baja dan racun serta penjagaan pokok bagi mendapatkan pokok yang sentiasa cantik dan segar di halaman rumah.

Anda juga boleh memperolehi produk kami ‘IMPRA™ Home Gardening’, di tapak semaian ini.

Untuk senarai penuh nurseri-nurseri yang mengedarkan IMPRA™ Home Gardening, sila klik di sini.